F
A
I
T
H
♥ i want to spread my wings
and fly
♥

diyanna
21 jan 1991
medical student
i am running mylife with His bless, Alhamdulillah!
stalk me here ♥
Follow me?

[meet me]
the rambling teenage girl
diyanna
21 jan 1991
i am running mylife with His bless, Alhamdulillah!
stalk me here ♥
Follow me?
[22 wishes]
i am 22 after all
i wish:
one portable, small sewing machine
two mp3
three pink, 3D wall-clock
and, those are HOPEs :)
♥
"Dan milik Allah kerajaan langit dan bumi.
dan pada hari terjadinya kiamat, akan rugilah pada hari itu orang-orang yang mengerjakan kebatilan (dosa)."
Al-Jathiyah: 27
salam,
salam,
comment here ♥
0
salam,
salam,
pesanan dia:
-terus-terang, sy terasa.
salam,
Liza : Oh, bleh je..
"Dan milik Allah kerajaan langit dan bumi.
dan pada hari terjadinya kiamat, akan rugilah pada hari itu orang-orang yang mengerjakan kebatilan (dosa)."
Al-Jathiyah: 27
[Salahuddin bin Ayubi : dia seorang pahlawan.]
Saturday, 28 August 2010 ( 00:05 )
salam,
alhamdulillah.
setelah sebulan membaca novel sejarah Islam, akhirnya habis juga.
walaupun mengambil masa yg lama.
eheh.
well, ramai juga sahabat sy yg melihat sy dgn pandangan pelik bila mereka nampak novel ini tersadai di atas katil.
"diana, ko baca buku ni??"
(memang pelik sgt ke?? huhu)
sebenarnya, adik lelaki sy yg excited nak baca buku ni.
kemudian, ada pula org nak belanja.
sy ok aja.
hee~
baca la. mmg seronok. |
secara jujur, sy bangga dgn Sultan Salahuddin Ayubi.
beliau berperang dgn cara Islam.
cara Rasulullah.
bukan senang nak menakluk semula tanah masjidil aqsa.
sangat payah.
sy dpt lihat, cara peperangan Islam dgn kafir mmg berbeza.
petikan dari novel..
Pada hari Sabtu 29 Rabiulakhir, Sultan Salahuddin bin Ayubi berunding dgn ketua2 pasukan tenteranya sebelum fajar menyingsing. Mereka sedang mengatur persiapan bagi melancarkan serangan ke atas tentera Salib.
"Kita berperang sekali lagi dgn tentera Salib. Kali ini tentu berlaku pertempuran yg lebih dahsyat krn bilangan tentera kita dgn mereka sama bnyk. Tetapi kita ada satu kelebihan. Tahukah kamu apa kelebihan kita?" tanya Sultan Salahudin bin Ayubi.
"Kita ada iman tetapi mereka tidak beriman," jawab Panglima Malikul Afdhal.
"Mereka juga percaya kpd Tuhan. Percaya kpd malaikat dan kitab. Tetapi mereka tidak mengakui Nabi Muhammad itu seorang rasul.Mereka menindas umat Islam krn benci dan marah. Kita berjuang membela agama Islam dan umat Islam," kata Sultan Salahudin.
sampai sini..
see, mereka berperang melawan tentera Salib bukan sekali.
bnyk nyawa terkorban semata mata nak merampas kembali bumi Palestin.
beliau sgt bijak dan bnyk strategi.
sampaikan pihak lawan pun gerun dgn angkatan tentera Islam pimpinan
Sultan Salahuddin bin Ayubi.
sy tertarik dgn ini :
"Benar, Rasulullah pernah berdoa 3 perkara. Pertama, umat Islam tidak dihapuskan dari muka bumi dan Tuhan menerimanya. Kedua, umat Islam tidak mati kelaparan dan doa itu juga dimakbulkan Tuhan. Doa yg ketiga pula supaya umat Islam tidak berpecah belah. Tetapi doa itu tidak dimakbulkan Tuhan." Bahauddin pula menyampuk.
"Mengapa Tuhan tidak makbulkan doa nabi supaya umatnya tidak berpecah belah?" tanya Panglima Muluk.
"Allah hendak menguji siapa di antara umat Islam yg kuat imannya," jawab Sultan Salahuddin bin Ayubi.
sampai di sini..
so, got the point?
umat Islam akan menang kalau kita semua bersatu padu.
mungkin ini hakikat :
Nabi Muhammad berkata, "Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yg kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan bnyk berangan angan."
-direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
nampaknya ini bukan 'mungkin'. tapi kebenaran. Nabi Muhammad tdk pernah menipu. Baginda Al-amin.
kawan2, sbnrnye bnyk ilmu boleh kita ambil dari buku ni.
so, korang baca la.
kalau nak cerita kan semula takut x sama.
p/s : sy suka baca buku ini. rasa seperti mahu ikut serta berperang sprti Sultan Salahuddin bin Ayubi. idamkan syahid. :) bukan calang calang orang yg terpilih utk mnjadi tentera beliau. perlukan iman yg benar2 kukuh.
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 6[Subtopik : Perang Hittin.]
Friday, 27 August 2010 ( 19:40 )
salam,
Nabi Muhammad s.a.w. berkata,
"Mengawal kubu Islam sehari semalam adalah lebih baik drpd puasa sebulan dan sembahyang pd waktu malamnya. Barang siapa yg mati dalam keadaan mengawal kubu Islam, matilah dia sbg seorg yg berjihad dan dibawa rezekinya dari syurga serta aman dia dari fitnah."
-dilaporkan oleh Muslim daripada Salman al-Farisi.
p/s : sy sedang membaca novel sejarah Islam, Salahuddin Ayubi Penakluk Jerusalem.. sgt berharap dpt habiskan buku ni in this weekends.. huhu (yela, da sebulan x habis habis..)
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0[An Inspiration Animation]
Tuesday, 24 August 2010 ( 16:03 )
Salam,
believe in yourself
also
ALLAH
. . . . . . . . .
[kenapa yahudi bijak.]
Sunday, 22 August 2010 ( 19:46 )
salam,
sy xtahu la kenapa sy sgt rajin update blog.
yg sy tau sy nak share.
mungkin xramai yg baca. tp sekurang-kurangnya sy cuba.
kali ni pun sy copy paste shj.
maklumlah, ilmu sy kurang.
tp sy harap info ni bermanfaat buat kawan2 semua.
thanx 4 reading. :)
*****
SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak
by Danish Irfan on Saturday, August 14, 2010 at 1:42pm
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
tanda bukti islam makin lemah.
xkira pucuk pimpinan hingga ke bwahan
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
tanda bukti islam makin lemah.
xkira pucuk pimpinan hingga ke bwahan
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.
(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)
*****
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 6[utk pelajar perubatan khususnya.]
( 16:51 )
salam,
kpd sahabat2 di luar sana, read this.
sekadar peringatan buat kita.
siapa lagi nk igtkan kita kalau bukan kita sendiri. eheh.
cakap berbelit. haha
coretan ini sy copy daripada seorg sahabat yg sedang belajar di alex uni, mesir.
juga seorang pelajar perubatan.
(nisa, aku tgh promote ko weyh. haha)
*****
dari http://faizalbobby.blogspot.com
Teguran dari mata yang memandang
Salam semua, ni adalah email yang saya post di group perubatan mesir tapi tidak disiarkan. Bila anda baca post nih baru anda tahu kenapa tak disiarkan, biasalah, benda yang benar dan pahit ni memang tak boleh diterima orang, namun saya siarkan semula, berpijak pada bumi nyata, berfikirlah secara bijaksana.
Salam semua, tidak lambat untuk menyatakan di sini selamat hari raya, semoga segala salah dan silap, terlaser sana sini secara sedar atau tidak, dapat dimaafkan dan bermulanya lembaran baru bagi menghadapi tahun seterusnya sebagai pelajar perubatan.
Selamat menghadapi peperiksaan akhir bagi abang2 dan kakak2 yang sudah tentunya sedang bertungkus lumus ketika ini untuk menjamah saki-baki ilmu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir yang tentunya mencabar dari segi pengetahuan, psychology, kesihatan, rohani dan rezeki. Sama-sama kami doakan yang terbaik dan jejak langkah kejayaan abg2 dan kakak2 dapat kita ikuti.
Tahniah pula diucapkan kepada sahabat2 yang telah melalui tahun ini dengan mendapat kejayaan gemilang. Semoga kejayaan ini dalam keberkatannya dan memantapkan jati diri dengan sifat tawaduk dan zuhud.
Berbalik kepada niat utama email ini ditulis, semoga semua dapat menerima pandangan ini secara professional dan lekatkan dalam minda masing-masing.
System pembelajaran di Mesir agak berlainan berbanding tempat lain. We have to adapt at our best in order to survive.
Apabila terdengar berita ada sahabat-sahabat yang gagal naik tahun, adik-adik yang kena hantar balik malaysia, sedih hati bagi mana-mana senior yang mendengarnya.
Entah mana silapnya?Lalai? Asyik main DOTA? Tidur banyak? Tak pergi kuliah? Asyik berjalan ajer atau bawa kawan2 berjalan? Sibuk buat website perubatan? Ke sibuk nk berbini atau berlaki? Wallahu alam. Kita tak duduk sama dengan diorang maka hal sebenar tak diketahui. Hanya empunya diri mampu menilai diri sendiri.
Secara kasarnya cubalah disiplinkan diri masing-masing untuk komited belajar sikit. Ibu bapa dan ahli keluarga punyalah mengharap. Kalau tahun satu nak pergi mesir tu menangis-nangis ahli keluarga di klia nak melepaskan kita pergi berjihad kat Mesir ni. Dah sampai sini, lain pulak dibuatnya!!
Cuba belajar sungguh-sungguh waktu kuliah ni. Fokus kat study betul2. Biarlah orang nak cakap kita takde life pun. Kita sendiri yang menentukan makna life kita sendiri. Orang lain hanya pandai cakap ajer. Habuk pun tak ada. Kita hanya buat yang terbaik. Allah sukakan muslim yang kuat berbanding yang lemah. Jadi belajar betul2. Mantapkan ilmu kedoktoran kerana itu tujuan utama datang sini. Barulah Allah suka sebab kuat dari segi ilmu. Ini takut dicop “takde life” study pun less than 3 hours per day, luckily if study.
Bila belajar sungguh2, maka bila cuti nanti, cutilah sungguh2 juga. Tak nak pegang buku pun takper waktu cuti.
Ini time belajar, sibuk main, sibuk berpersatuan, sibuk politik sana sini, sibuk main game, sibuk nak bawa kawan oversea berjalan kat mesir, sibuk pulak nak dirikan rumah tangga, sibuk berfotografi dengan kamera nicon, sibuk buat blog dan website bla bla bla bla,maka focus dah hilang, study pun macam tak study. Apabila exam fail, kena reseat paper, orang lain cuti 3 bulan tak sentuh buku dan lepas pergi mana-mana, awak nak buat benda lain pun terhalang sebab sibuk kena study untuk subject yang kena reseat. Duit pun habis kena beli tiket flight extra sebab takde seat. Dah habis reseat, rehat seminggu dua, dah start kuliah balik untuk tahun seterusnya.Siapa yang bangang kat sini? Orang lain duk sibuk bercuti, otak fresh untuk start tahun seterusnya, awak sibuk belajar takut fail, belajar terus menerus pulak tu, maka cuti bukan cuti lah, orang lain buat attachment kat hospital, pergi FIMA, pergi beraya, jalan sana sini. Awak duk kat mesir mengadap buku time cuti.
Maka lain kali masa belajar buat cara belajar, maka masa cuti memang cuti. Hati senang bercuti. Result pun bagus.
Kita ambil perubatan, bukan perakaunan, bukan business, bukan art, bukan agama. Tak cukup ilmu salah diagnose, salah ubat, salah itu salah ini pesakit mati dalam tangan sendiri. Cubalah sedar sikit. Di Malaysia sangat competitive. The more u know the wiser u’ll be. NO boundaries for knowledge. Kalau tak cukup ilmu, buat silap, kena marah kat consultant, tak pun disaman patient,jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang belajar macam tahi.
Ana cuma kasihan ada orang yang belajar sangat rajin, kuliah tak tinggal, tapi mungkin cara study dia salah atau berat mulut minta pimpinan yang lain, maka fail exam. Berbanding duduk dengan senior yang hebat2 kat arma tuh tak pun rumah-rumah lain, kelas pun bahasa inggeris , kemudahan semua cukup, tapi belajar main-main dan result mcm tahi.
Tahun satu sepatutnya paling mudah sebab pengenalan. Tahap kesukaran semakin meningkat setiap tahun, dan konsep tawakal memang sangat2 diperlukan. Ini subjek tahun satu, tahun 2 pun ada fail, ada yang biar lepas 2 subject ajer untuk membolehkan dia masuk tahun dua. Ada yang langsung tak pergi exam reseat paper langsung sebab tahun satu still boleh carry dua paper. Maka bercuti senang-lenang kat Malaysia, ni spesies budak perempuan. Aku nak tengok boleh naik tahun ke tak tahun berikutnya. Khasnya budak cairo university dan ain syams, namun tak terkecuali segelintir budak alex yg turut sama buat perangai mcm nih. Perangai buruk macam ni dah terjadi dalam dua tahun ni. Mereka ni ingat senior tak tahu agaknya. Ambil kisah tak kisah ajer. Itu belum kes meniru, tak berkat, I want to see u can survive or not in the real world.
Just do our best. Do what you can,with what you have, right where you are-result tu kemudian cerita, tu rezeki masing-masing . Saya percaya rezeki itu setimpal dengan usaha yang kita berikan kerana saya percaya Allah Maha Adil. Ini belajar bagai membuang batuk di tangga, pastu claim tak ada rezeki, berimankah dengan sifat Allah Maha Adil tu??
Maaflah mulut laser skit. Tapi kalau tak abang-abang kakak-kakak yang nasihat siapa lagi nak nasihat. Family semua tak ada kat sini. Cuba sedar diri sikit dan rancang perjalanan hidup dengan betul.
“Manusia yang hebat adalah manusia yang memikirkan bagaimana untuk menjadi hebat”
Sukarno pernah berkata “bagi aku 10 pemuda, akan kugoncang dunia” –Sepatutnya usia muda-muda seperti kita nilah sepatutnya kita buat habis baik , gegarkan dunia dengan kejayaan Islam. Ini umur muda-muda, sihat tubuh badan, badan sasa-sasa, produktiviti tak ada. Bukan setakat berkempen sana sini bantu palestine, demonstrasi marah sana sini, blog tak luput-luput dengan boikot Israel, tapi ilmu dan kepakaran tak ada, bila-bila masa boleh dijentik Israel, can we be a little bit wiser? Shut ur mouth and start working!
Sukarno pernah berkata “bagi aku 10 pemuda, akan kugoncang dunia” –Sepatutnya usia muda-muda seperti kita nilah sepatutnya kita buat habis baik , gegarkan dunia dengan kejayaan Islam. Ini umur muda-muda, sihat tubuh badan, badan sasa-sasa, produktiviti tak ada. Bukan setakat berkempen sana sini bantu palestine, demonstrasi marah sana sini, blog tak luput-luput dengan boikot Israel, tapi ilmu dan kepakaran tak ada, bila-bila masa boleh dijentik Israel, can we be a little bit wiser? Shut ur mouth and start working!
pesanan dia:
-tolong post kat kawan-kawan lain supaya dapat dimanfaatkan--
*****
-terus-terang, sy terasa.
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 3[gembira dan tenang! alhamdulillah :)]
Saturday, 21 August 2010 ( 10:36 )
salam,
selamat hari sabtu semua. :)
hari ni sy gembira. hehe. bukan sbb yg bukan2 ye.
(eh, pesal aku cakap belit2 ni. ahah)
pertama-tama sekali sbb dah tamat orientasi. hoyeah!! :D
bg pendapat sy, orientasi 2 bukan xbermanfaat. ade bnyk jgk info yg baru.
tp mungkin disebabkan kami bukan di kalangan org bukan melayu. jd kami rasa x berapa selesa. dan banyak sesi yg lebih kpd memaksa.
u do or u die.
by hook or by crook, finish all the task.
hmm, lebih kurang cam ni la arahan yg diberikan.
1 hal yg sy kagum pd mereka ialah..
eh, bukan2, ade bnyk sbnrnye. eheh.
antaranye ialah kesabaran dan ketaatan mereka.
nampak cam kami plak yg xleh tahan sabar. bukan ape, kami dah sebulan di sini, so, maybe agak ego utk ikut arahan mereka. lagipun, kami slalu diabaikan.
ibarat melukut di tepi gantang. eheh.
persepsi masyarakat indonesia ialah mahasiswa universiti sentiasa betul dan mahasiswa dianggap pemimpin. sebab 2 la selalu berlaku rusuhan.
percaya atau tidak,
bagi mereka rusuhan adalah 1 cara utk menegakkan pendapat dan ia tidak salah.
1 more, student di sini mmg dilatih utk lantang bersuara. setiap kali tamat suatu slot ceramah, mesti akan diminta pendapat mengenai ceramah tersebut.
mereka sgt berani.
berbelas org angkat tgn pd masa yg sama. walaupun, isi yg diutarakan sama shj tp nilai 'berani' itu sgt ketara. lain di tanah air kita, penceramah yg akan hulurkan microfon.
yes or yes? eheh.
terus terang, kami tidak biasa.
maka, bila sudah berakhir orientasi ni, semua org gembira. :)
(mungkin utk anak2 twinning shj.. huhu)
ok, dapat beribadah dgn tenang. seronok sgt. :)
pagi td qiam ramai2 kat masjid. bersama abang2 dan kakak2 senior malaysia. di sini, kami digerakkan oleh PKPMI. Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia.
terima kasih. :)
lepas 2, ade perjumpaan dgn Management of Bale Padjajaran.
which means, our hostel.
everything going fine.
alhamdulillah. :)
then, singgah ke Bale Mart.
temankan Liza isi pulsa.
or, topup. eheh.
tiba2,
Sy : Err, Liza, bw duit lebih x? nk pinjam bleh?
Liza : Ko nak bwat ape?
Sy : Aku nak beli ni.. hehe
ini coklat ye kwn2. cute. so, sy terpikat. siap beli 2 taw! :D |
Sy : Ok, tq! :)
so, sampai kat bilik je terus snap gambar.
happy sgt.
terima kasih Allah. :)
Labels: senang hati
comment here ♥ 7
♥
1 thing
2 do
3 words
4 you
1 thing
2 do
3 words
4 you
[tagboard]
i think they call it freedom of speech
♥
lets do an exchange of brain
Nadwa Aqeela
Izzatul Hidayah
Syahirah
Yumilianalisa
Dayang
Salma
Nuraqilah
Kak As
Kak Farhana
Le Fleur Dior
Kak Aimi
Kak Farhana Yem
Kak Duha
Kak Mell
Aishah Zamri
Ezzaty
Hanna
Azimah
Hanis Harleeza
Nisa
Fadhilah
Ainin Sofiya
Alyaa Sakinah
Hakim
Kak Enoi
Liyana
Bella Mitchie
Shafiq Aziz
Najib
Kak Syafiqah
Sharina Farhana
Ainatul Asyila
Rahudha
Rossarina
Shakila Seha
Nur Atikah
Cikgu Abbas
Nadia Azraq
Whose Word is The Best?<41:33>
Travelog Lensa Daie
Raihana Nazri
Tepian Muara
~ Life Storyteller : Motivational and Inspirational Stories for You and Me ~
Things We Forget
Bila Aishah Menulis
Angah
twitter
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
October 2013
November 2013
December 2013
January 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
November 2014
December 2014
October 2015
May 2017
xx xx
lets do an exchange of brain
[they have beautiful names♥]
lovely batchmates; TWP'10
Nadwa Aqeela
Izzatul Hidayah
Syahirah
Yumilianalisa
Dayang
Salma
Nuraqilah
seniors; TWP'09
Kak As
seniors; KPBI
Kak Farhana
Le Fleur Dior
Kak Aimi
Kak Farhana Yem
Kak Duha
sweetness of matriculation-age; KMNS
Kak Mell
Aishah Zamri
Ezzaty
school-age buddies; SBPIS
Hanna
Azimah
Hanis Harleeza
Nisa
Fadhilah
Ainin Sofiya
Alyaa Sakinah
Hakim
Kak Enoi
Liyana
Bella Mitchie
Shafiq Aziz
Najib
Kak Syafiqah
Sharina Farhana
Ainatul Asyila
Rahudha
F&F; Found and Follow
Rossarina
Shakila Seha
Nur Atikah
Cikgu Abbas
Nadia Azraq
Whose Word is The Best?<41:33>
Travelog Lensa Daie
Raihana Nazri
Tepian Muara
life-appetizer
~ Life Storyteller : Motivational and Inspirational Stories for You and Me ~
Things We Forget
Bila Aishah Menulis
my blood and flesh ♥
Angah
[links]
hello tweeples!
[the past]
watch me waste my life away
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
October 2013
November 2013
December 2013
January 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
November 2014
December 2014
October 2015
May 2017
[credits]
xx xx