♥ i want to spread my wings
and fly
diyanna
21 jan 1991
i am running mylife with His bless, Alhamdulillah!
stalk me here ♥
Follow me?
i wish:
one portable, small sewing machine
two mp3
three pink, 3D wall-clock
and, those are HOPEs :)
"Dan milik Allah kerajaan langit dan bumi.
dan pada hari terjadinya kiamat, akan rugilah pada hari itu orang-orang yang mengerjakan kebatilan (dosa)."
Al-Jathiyah: 27
assalamu'alaikum,
Hari ni nak share satu potong ayat Quran,
Di sini, peperiksaan disebut sbg ujian. Sewaktu kuliah dan evaluasi skills lab, Dr Nova selalu sebut begini, "bahagian ini dihafalkan ya..kerana nanti akan diuji saat ujian OSCE.."
I was like, okay Dr..
Tapi semalam, bila baca terjemahan ayat di atas..kebetulan sgt sebab tilawah Quran dah tiba ayat tersebut.. Saya terfikir, betullah, sesungguhnya saya baru melepasi satu tahap ujian, iaitu exam.
Mungkin bagi sesetengah org yg lain, exam is just exam. Bagi saya pula, beban yg terkumpul di dada dan jiwa saya ketika saat exam menjelang, hanya Allah yg tahu.. Malahan, saya rasa tidak keterlaluan kalau saya mengibaratkan diri saya seperti dalam ayat di atas.
Apabila rasa lelah melebihi kewarasan akal, kepada Dia saya memohon, merintih. Saya merayu-rayu belas kasihnya tanpa letih.. Saya mengaku betapa kerdil dan lemahnya diri ini dihadapan ujianNya..
Graf iman pasti sangat tinggi ketika itu.
Kemudian, Allah berfirman lagi, berdasarkan ayat di atas. Ada sesetengah org yg setelah Allah selamatkan, mereka tetap beriman dan menjadi hamba yg terbaik..
Walaubagaimanapun, ada yg tidak berterima kasih dan menjadi pengkhianat kepada Allah..
Hilang terbang segala yg dirintih dahulu.
Allah..sedihnya hati ini bila Allah mengatakan kita ini adalah pengkhianat..
:((
ps: post-exam is now.
Labels: fragile, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0Assalamu'alaikum,
Selalu kita bersedia untuk apa yg bakal terjadi pada hari esok.
"The one who fail to plan is planning to fail"
Ada weather forecast, utk menjangka cuaca esok. Pepatah mengatakan, sediakan payung sebelum hujan. Makanya, perlulah tahu bila hujan atau panas.
Tetapi harus sentiasa ingat, sekuat mana pun kita merancang, tidak akan kita mampu melawan 'tangan' Ilah. Disebalik rasa kecewa kerana rancangan yg tidak tergapai, apatah lagi matlamatnya, bukan? Sebenarnya ada rahsia dalam pengetahuanNya..
Setiap dari kita punya kekangan yg tidak sama. Ada yg tidak betah utk mengulangkaji di saat akhir, lalu mereka buat jadual belajar. Ada juga yg poketnya selalu bocor, jadi mereka bertindak dgn berjimat dalam berbelanja.
"Utamakan keperluan, bukan kehendak"
Yang penting, perlulah bertindak dgn bijak. Cuba rancang sebaik mungkin, kenali kelemahan dan kelebihan supaya langkah yg diatur serba realistik serta futuristik. Janganlah sampai dilabel sbg Mat Jenin moden.
"Action speaks louder than words"
Sedih lagi kecewa bila kita dipandang jelik sbg manusia yg pelik.
Lebih rasa terpukul bila satu detik, kita terimbau betapa kita pun pernah menjadi satu pihak yg 'kejam' itu.
Baru sedar akan satu hakikat, bahawa setiap dari kita terikat dgn halangan dan cabaran yg berbeza, jauh berbeza.
Itulah pentingnya, fikir dalam takdir.
ps: now I feel it, that sometimes we should move according to the wind as the grass near the bridge. After thousand beads of tear been dried by the same wind. And, smile. :)
ps2: Malaikat itu bukan kita.
ps3: I would love to attend poetic class :')
Labels: confused, fragile, girlish, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
Labels: girlish, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
tersembunyi di antara kerikil
yang dicari-cari itu terkadang selalu yang salah
yang tiba-tiba muncul itu selalu dibiar begitu sahaja
hinggakan hati kecilku bertanya,
adakah kamu permata yang tidak ku cari?
menambah sahabat yang dihantar Ilahi
*senyum*
^^
"yun, saya lagi mau exam ni..kamu ada tips ga?" sengih comel.
"oh saya ga ada apa-apa tips di.." balas Yuni sambil senyum comel juga.
"saya ada kurang lebih 2 minggu untuk exam..tapi saya belum sedia..gimana ya?" muka risau pandang lantai.
"saya ini ga punya tips..tapi, kita mesti selalu bertaubat di..nanti pasti mudah belajarnya.." pujuk Yuni.
"oh begitu..kamu ceritalah lagi.."
"begini di, dalam quran itu kan ada bilang, saya ga ingat surah yang mana.. Allah kata, manusia itu berbuat dosa siang dan malam. jadi sudah terbukti jika kita ini memang selalu melakukan dosa..lalu kita mesti selalu minta ampun dan bertaubat di.." Yuni mula bicaranya.
"mm.." sambil dengar dgn penuh minat.
"kamu mesti pernah dengar, Imam Syafi'ie pernah mengatakan bahawa ilmu itu ibarat cahaya.. kamu tau ga pada satu hari Imam Syafi'ie mengadu pada gurunya.. katanya, 'aku ini belajar, lupa, belajar lagi, kemudian lupa lagi..' lantas gurunya menyuruh dia bertaubat..minta ampun pada Allah.." sepasang matanya bersinar. pasti hatinya juga sedang berkilauan dengan iman.
"mm.." senyum.
"hati kita ini ibarat gelas di.. jika ilmu itu seperti cahaya yg akan mengisi gelas itu..kita pasti perlu bersihkan gelas itu dahulu kan?"
"mm.." angguk-angguk.
"kotoran di gelas itu perlu kita bersihkan dahulu..supaya ilmu yg ibarat cahaya itu mudah masuk ke dalamnya.. seperti juga hati di.. ilmu akan mudah masuk jika hati kita bersih dari dosa.. selalulah bertaubat ya di.." senyum Yuni menghias akhir bicara.
"iya yun.." senyum, di hati menangis sendiri.
ps: Yuni ialah sahabat saya. 'di' ialah panggilannya kepada saya :)
ps2: satu hari nnt sy akan menulis tentang beliau, insyaallah :))
Labels: al-kisah, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 3assalamu'alaikum,
1|
exam cardiovascular dah berakhir, selepas ini disambung dengan respiratory system. hilang lelah seketika. heart rate kembali normal. sleep cycle pun kembali pd yg asal. walaubagaimanapun, tak boleh berhenti belajar. mesti ulang lagi subjek cardio, mahupun subjek2 yg lepas.
how you want to be a doctor if you easily forgetting previous lesson?
2|
Ramadhan adalah satu tempoh utk kita membaiki diri. teruslah lakukan kebaikan sehingga penat. biarlah kadangkala hati merintih supaya didengar keluhannya. biarlah keperitan itu terasa. senyumlah tatkala peluh merintik di dahi. itu semua adalah saksi di akhirat nanti. memang, ada naluri manusiawi yg sering memberontak, namun, pujuklah ia.. kita sebenarnya amat sukakan kebaikan, cuma ada kalanya kita tersasar, lebih menurut kehendak nafsu.
jangan berputus asa membuat kebaikan. percayalah, ia membahagiakan, sangat membahagiakan.
3|
sebaik-baik pemberian adalah dgn memberikan sesuatu yg paling kita sayang. kita sangat cintakan harta. tak percaya? dalam Al Quran ada dinyatakan, betapa manusia itu sangat cintakan harta dan kemewahan. tetapi, di hujung takdir, harta itu yg menyebabkan manusia terjatuh ke dalam neraka Allah.
cubalah memberi. berlatihlah selalu.
sekali kita mengeluarkan harta utk diberikan kpd org lain, ia tak cukup utk menimbulkan rasa ikhlas atau 'terbius'. sekali tidak cukup. bahkan ratusan kali yg kita perlukan.
4|
respect. kita hidup bersama teman. sesuatu yg hidup, mempunyai ruh, dan sudah tentu mempunyai jiwa. teman kita terlalu baik, sehinggakan apa yg menimbulkan rasa tidak senang di hatinya dia sembunyikan. demi menjaga sebuah ukhuwwah. kita yg sering buta. melakukan perkara sesuka mungkin tanpa memikirkan apa yg sang teman itu merasakan.
i'm sorry friends :(
5|
aurat wanita, hukum menutupnya dgn sempurna adalah wajib. sama dgn hukum menunaikan solat. kita apabila mendengar seseorang dgn sengaja meninggalkan solat, hati terus menghukum. tetapi apabila soal aurat diambil ringan, kita masih boleh tersenyum bergurau senda. sedangkan kedua-dua hukum adalah sama wajib.
so ironic right?
kita sayang kamu, siapa kata kita buat tak tahu. apabila kamu terlintas di minda, doa segera dipanjatkan. aminn.
6|
soal maruah kita sebagai gadis amat kita ambil berat. ada khabar singgah di cuping telinga, seorang lelaki jadi 'high' bila nampak perempuan seksi tidak menutup aurat. kita jadi marah. ia amat menjijikkan. mungkin jika kita yg melihat situasi tersebut, mahu saja dipukul lelaki itu. tapi ketahuilah wahai perempuan, lelaki yg normal mmg akan tertarik utk melihat perempuan kerana memang Allah sudah ciptakan perempuan itu indah dan menawan.
di sisi kita, yg sehari-hari berinteraksi dgn lelaki normal, masih selamatkah kita?
berhati-hatilah. kita ini, sudah tutup aurat dgn sempurna, tetapi kadangkala beraksi manja tanpa sengaja. kain terangkat sedikit lalu terlihat kaki. disebabkan angin, terangkat sedikit tudung yg sudah menutup daerah yg bahaya. sumpah tidak sengaja.
di kala itu, sedarkah kita bahawa mata-mata yg melihat itu juga adalah lelaki? yes, ini memang seram, sumpah seram.
kita selalu dengar, tujuan menutup aurat ialah utk bakal suami tercinta. difikir semula, bukankah sepatutnya demi Allah?
7|
selama 21 tahun ruh ini menghuni jasad. hari esok belum tahu lagi. ia masih rahsia. Ya Allah, kau cabutlah nyawaku di hari penghulu segala hari, hari Jumaat. aminn.
8|
nikah. saya cukup takut utk membicarakan hal ini, di sini. bila ada perancangan utk bernikah, haruslah ada langkah-langkah mempersiapkan diri. belajar ilmu rumahtangga, bagaimana utk menjadi isteri yg baik dan ibu yg terbaik. sebelum itu, haruslah jadi anak yg solehah dan hamba yg taat dahulu.
siapa yg tidak mahu menikah? sentiasa disayang dan disokong seeratnya. secara peribadi saya berpendapat, utk menjadi hamba yg taat itu perlukan seseorang di sisi. kita tidak kuat utk berjuang sendirian. utk menegakkan Islam pun kita perlukan satu jemaah. namun sebelum tiba masanya, berjihadlah segagah mungkin.
every effort counts.
ps: terlalu panjang pula entry kali ini. sorry, my bad. hehs
ps II: i dont know who will read this since i love to be silent reader too *big grin* however, i hope this can be one of my very tiny effort to make a good deed. barakallah.
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
"kak, haritu akak ade cakap psl nafsu kan? Yang kalau bulan puasa ni pun kita jahat, even syaitan dah diikat, maknanya nafsu kita la yg dah jd jahat, kan?"
senyum.
"haa tula, maksudnya, selama 11 bulan sebelum bulan puasa, mesti syaitan dah bentuk nafsu kita betul2. dia nak make sure yg masa sebulan dia diikat ni, dia still berkuasa. betul tak kak?'
hmm. critical thinking betul kanak2 ni.
"ee takutnya.."
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 1assalamu'alaikum,


Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 1assalamu'alaikum,
Kahwin. Sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi bila kelihatan gambar-gambar perkahwinan yang indah, diri terasa seperti berada di awangan. terus memasang angan-angan, terus menetapkan cita-cita, mahukan yang sedemikian, moga menjadi realiti di alam kehidupan kita.
Dan kadangkala impian ini membuatkan ramai antara mereka tergesa-gesa. Ingin cepat berkahwin. Dan dalil-dalil nikah awal diangkat dengan penuh garang, bajet-bajet perkahwinan rendah dipromosikan bagai nak rak, dan ibu bapa menjadi mangsa serangan mereka. Menyatakan ibu bapa tidak memahami, mahu menghalang perkara yang baiuk, tidak mahu membantu, tidak sederhana dan sebagainya.
Itulah kebanyakannya, remaja nan bercinta.
Darah muda. Panas. Fikiran biasanya tidak panjang, walaupun terasa bahawa dirinya seakan matang.
Cinta dan Kehidupan
Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?
Itu persoalan saya dalam merungkai permasalahan remaja mahu bernikah terlalu awal. Dalam keadaan diri tidak punya kemampuan, saat kematangan sendiri belum tumbuh, sudah disibukkan diri hendak berkahwin. Alasannya, sudah terlalu lama bercinta. Dari tingkatan tiga contohnya. Maka mahu berkahwin kerana ingin mengelakkan penzinaan.
Alasan yang solid. Elak zina. Tetapi tidak menyedari bahawa di sebalik alasan itu, wujud ketempangannya. Maka saya suka mengemukakan satu soalan apabila berhadapan dengan manusia yang memberikan alasan sedemikian:
“Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?”
Umur masih muda, sudah main suka-suka. Umur masih hijau, sudah sibuk bercinta asmara. Alasan mengelakkan zina itu, sepatutnya dibalas dengan satu soalan:
“Korang bercinta yang macam mana sampai ada rasa nak elak zina ni? Korang bercinta sampai rasa nak berzina ke?”
Ya. Peliknya remaja nan bercinta. Entah bagaimana caranya bercinta hingga terpacul alasan sedemikian rupa. Entah mengapa dibiarkan cinta menusuk kalbu saat usia masih terlalu muda dan diri belum punya apa-apa. Kemudian menjaja pernikahan awal dan bajet yang rendah sebagai kononnya hendak mengikuti sunnah. Maka apakah percintaan yang sedemikian rupa, tanpa persediaan diri, tanpa kematangan minda, tanpa disiplin hati, merupakan sunnah?
Kehidupan Dan Kita.
Kehidupan tidak akan berbelas kasihan dengan kita, waluapun mungkin kita menyantuni kehidupan. Kehidupan adalah makhluk kasar yang membesar. Saban hari semakin menekan manusia. Dari dahulu tidak perlu mengeluarkan apa-apa wang dan kos, sekadar bertgantung hidup kepada alam, kini duit adalah segala-gala. Beberapa manusia sering berkata: “Duit bukan segala-galanya”, namun silap meletakkan konteks ayat tersebut di dalam praktikal hidup.
Ya, majlis perkahwinan tidak perlu berlebih-lebihan. Tidak perlu menghabiskan puluhan ribu ringgit hanya untuk majlis yang sehari cuma. Begitulah caranya kita menyantuni kehidupan. Meletakkan yang syara’ di hadapan. Namun, kehidupan tidak akan menyantuni kita. Majlis yang murah dan sederhana itu, walaupun telah menyelamatkan wang kita, menjadikan para remaja yang tidak punya apa-apa mampu berkahwin, kehidupan tetap akan memerah wang dan keringat kita.
Bil elektrik, bil air, bil internet, minyak kereta, servis kereta, perabot rumah, wang dapur, tambang pengangkutan awam, dan bila ada anak segala perkakasan anak serta kelengkapannya. Cukai ini, cukai itu. Bayar ini, bayar itu. Harga pula saban waktu naik dan meningkat, menekan dan terus menekan. Itu belum dikira nanti bila masalah di dalam rumahtangga muncul, menambah tekanan.
Maka bagaimanakah kita menghadapi kehidupan?
Adakah cukup sekadar berkahwin dengan kos murah, dan kemudian merasa aman?
Kehidupan yang sedemikian bukan boleh dilalui oleh mereka yang tidak punya persediaan, yang tidak punya disiplin, dan yang tidak punya kematangan.
Maka mengapa membiarkan cinta masuk, kala diri masih belum bersedia mengharunginya?
Memang Takkan Mampu Sempurna Bersedia, Tetapi Kita Mampu Berusaha Untuk Bersedia.
Memang. Memang sempurna tidak akan hadir. Tiada siapa boleh berani berkata: “Ya, aku memang confirm aku sudah bersedia.” Sesiapa yang berbicara demikian, sesungguhnya dia telah berbohong kepada dirinya. Semua hanya mampu berkata: “InsyaAllah, aku dah usaha untuk bersedia, jadi aku akan menghadapinya.”
Maka cinta dengan kehidupan itu jangan dipisahkan. Kehidupan dan kita jangan dijauhkan. Realiti kehidupan jangan dipadamkan di dalam kemabukan bercinta. Sesungguhnya kemanisan dalam perkahwinan itu, datang dengan persediaan yang rapi. Kita bukan mahu berkahwin sehari dua. Kita bukan mahu berumahtangga sebulan sahaja. Tetapi kita mahu sehingga ke syurga sana.
Kita mahu rumahtangga kita melahirka para mujahid, memberikan manfaat buat Islam. Bukan rumahtangga yang sia-sia, yang menghasilkan penghabis oksigen semata-mata.
Maka remaja nan bercinta perlu sedar.
Bersedia. Kerahlah diri untuk bersedia. Mengapa perlu mendahulukan cinta sebelum persediaan?
Sibukkan diri dengan persediaan.
Ilmu usaha bagi mantap. Pengalaman usaha bagi banyak. Pandangan usaha bagi luas. Wang usaha bagi ada sumber yang tetap dan konsisten. Peribadi usaha bagi mantap. Akal usaha bagi matang. Akhlak usaha bagi bersih. Maksiat usaha bagi padam. Kebaikan usaha bagi tambah dan istiqomah. Hubungan dengan Allah usaha bagi rapat.
Kita bukan main masak-masak!
Penutup: Remaja Nan Bercinta, Jangan Sibuk Bermanis-manisan.
Saya telah bernikah. Saya rasa berpuas hati dengan segala kesusahan dan kepayahan yang saya lalui kala saya berusaha untuk bernikah.
Pergi menuntut pengalaman dengan pelajar-pelajar PhD, bertemu dengan rakan-rakan yang telah bernikah untuk menimba ilmu, membaca buku, mengumpulkan kekuatan wang, membersihkan peribadi, mengoreksi diri agar lebih rapat kepada Ilahi, membuang saki-baki jahiliyyah di dalam diri dan sebagainya.
Panjang perjalanan saya. Semenjak tingkatan 4 lagi. Bukan bermula dengan “Oh, dia itu saya cinta.” Bukan. Tetapi bermula dengan “Aku ingin bernikah dengan pernikahan yang terbaik, membina rumahtangga yang terbaik, agar ini semua menjadi saham di akhirat sana.” Di situ saya mula berusaha untuk bersedia. Memang kadangkala diri ini masuk mode jiwang, namun usaha tidak pernah diabaikan.
Selepas punya kemampuan yang saya kira sesuai untuk meneruskan hidup, barulah menyebutkan hajat ingin bernikah, memperkenalkan siapa yang bertakhta di dalam hati, kepada Abah dan Ummi. Ya, itulah saya. Itupun masih punya pelbagai cabaran dan dugaan saat merentasi alam percintaan ini. Namun kini alhamdulillah, Allah kurniakan saya pernikahan yang baik, isteri yang manis, dan kini barulah saya benar-benar mengecapi apa itu yang dinamakan bahagia. Rasa berbayar sungguh segala kesusahan selama ini, dan rasa diri ini sedang dipersiapkan untuk kesukaran masa hadapan nanti. Begitulah perasaan saya.
Maka Remaja Nan Bercinta, jangan sibuk bermanis-manisan sahaja.
Kerahlah keringatmu, perahlah kekuatanmu, gunakanlah masamu. Mantapkan diri, luaskan pengalaman, binalah kekuatan, agar bahagiamu nanti selepas berumahtangga kan berpanjangan.
ketika anda memutuskan utk bernikah, sudah cukup matangkah?
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
sebelum sy mula membebel, sy nak bgtau awal-awal. entry ni org perempuan je yg sesuai baca sbb gegerl selalu memahami perasaan satu sama lain. maka kalau awak seorg yg bukan perempuan baik jgn buka blog ni.*tahan nafas*
ok. dalam apa jua situasi, tak kisah la dia ni bijak ke, atau alim (luaran je) ke, wangi ke, happy-go-lucky ke, dia tetap seorang perempuan yg kerjanya asyik-asyik nak terasa lepas tu tahan mata berair dan lepas tu cepat je cari kawan nak sembang so that tak rasa sedih sgt. heh! *panjangnya ayat*
perasan tak? *only yes is the answer*
tapi kan awak, kalau kita teliti balik, dia patutnya rasa bersyukur dan bahagia. sebab apa? sebab itu tandanya sistem saraf otak dia masih berfungsi. *LOL*
ok serious. sebab.. Allah bg chance nak uji dia supaya dia dpt pahala dan kebaikan. percaya tak?
tak percaya sy tak kisah pun. *tipu je, sila jgn percaya*
pd pendapat sy yg serba kekurangan lg ntahapehape ni, bila ada makhluk buat dia sedih or etc. dia patut fikir yg Allah sedang membina peribadinya. jadikan dia seorg yg lebih tabah, kuat, dan yg paling penting sekali sabar. betapa sayangnya Allah pd dia.
perempuan yg sabar itu nampak sgt menawan okeh! *senyum mulut senget*
biasanya time tu la syaitan senang nk cucuk jarum. jadi, awas! jangan terpedaya! jangan kita putuskan ukhuwwah kita. *kerut dahi*
bukan senang Allah nak pay attention pada kita. kalau Dia uji maknanya Dia care. dahlah kita pun selalu ingat-ingat lupa kat Dia. *cubit lengan*
*ampunkan aku wahai Tuhan, pemilik langit dan bumi*
:(

Labels: girlish, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
in my opinion, friendship is when you can talk anything to the friend without he/she being irritated. seriously I mean ANYTHING. (you can discard this opinion into the trash. sooo non-philosophical *giggling* )
but different with ukhuwwah. it means the bond that develop within ones with the same believe, Islam, but different race or skin colour or country or whatever.
and I got one! *winking*
and her name is Yuni Purwo, comes from West Java.
we are in the same age, but she is going to enter 4th year in the next two months. maybe, I'm not really remember

so we met yesterday, got dine together. hooray! we met after 3 weeks I'm here because she was busy with the final exam.
and we swap off some thoughts and stories.
"Di, kamu mau tahu ga, saya ada dengar satu cerita di radio. kisah tentang seorang ibu yg kematian anak lelakinya. tapi, ibu tadi tidak terlalu sedih sampai menangis-nangis gitu.. karena, setelah kematian anaknya, lalu ibunya terus pergi ke tempat kejadian.. di mana, si anak tadi meninggal dunia.."
"Si ibu tadi ga sedih-sedih ya? kenapa?" dahi berkerut.
sambil senyum, "Iya, karena ibu tadi menemukan MP3 yg didengar oleh anaknya.. dan, ibu tadi dengar lagu apa yg didengar oleh anaknya..terbukti, anaknya sedang mendengar ayat bacaan Al-Quran sedang saat ketabrakan.."
"Seronok ya Di kalau begitu.." Yuni menambah lagi dan terus senyum.
I feel, Ya Allah..she is sooo faithful and optimist of being Muslim.
"Di, kita inikan begitu jelek di hadapan Alloh, tapi kita kelihatan baik oleh manusia lain.. sungguh, kita ini langsung tiada kuasa kan Di.." dia nampak sgt risau!

sahabat yg baik adalah seseorang yg mana di saat kita melihatnya terus kita rasa mahu beribadah sekuatnya dan takut kpd larangan Sang Khaliq. agree, no?
Labels: girlish, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,

there's a lot of things to do to not remember you.
sincerely me.
Labels: fragile, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,

"Alif Laam Ro. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad)
agar engkau mengeluarkan manusia dr kegelapan kpd
cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan,
(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa, Maha Terpuji."
"Allah memiliki apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
Celakalah bagi orang yang ingkar kepada Tuhan kerana siksaan yang sangat berat,"
(Surah Ibrahim: 1-3)
ps: esok mula semester baru! cardiovascular system. semoga baik-baik saja :)
ps2: fb is boring, no? -_-"
Labels: mirror-talking, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
cuti semester yang berbaki lebih kurang 10 hari.
segala syukur pada Allah yg telah memberi kesempatan utk pulang bersama keluarga kali ini. walaupun ada rancangan utk membatalkan cuti lebih kurang sebulan yg lalu.huu ternyata Allah menyusun dgn lebih indah

Up until now, sy sudah dengar perkongsian awal mengenai pengajian hikam..pada mulanya sy terfikir, bagaimanakah bentuk pengajian ini? ada bezakah dgn pengajian Islam yg biasa kita hadiri?
jadi..sy akan kongsikan apa yg sy dpt dlm bentuk point di bawah. oh iya, perkongsian ini disampaikan oleh Ustaz Mukhlis..
> Pengajian hikam ini adalah untuk org yg dah baik, tp kadang2 dia perasan baik.
> Taubat utk org yg melakukan maksiat cukup hanya sekali, tapi taubat utk org yg taat perlulah 1000 kali..sbb ujub, riya' dan takabbur akan berubah menjadi maksiat yg besar bg mereka, sedang mereka tidak mengetahui..
> Para Aulia' (wali2) berdoa dan bermohon kpd Allah supaya dipelihara dari maksiat, sedangkan org awam (kita) berdoa agar ditutup dari maksiat.. maksudnya, para Aulia' lebih ambil kira bagaimana pandangan Allah terhadap mereka..tapi kita lebih takut jatuh martabat kita pada pandangan masyarakat..
dan banyak lagi..lain kali sy share lg ye

Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0![]() |
ok gula takde kene mengene dgn dreams tp plan nk reduce sugar intake tu ade! ;) |
Labels: play, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
bercakap tentang cinta di saat lagi 2 minggu nak final exam. (dah biasa kan dgn kegilaan seperti ini?

love is when you will never do what Allah(of course)/he/she ask
love is when you get a remarkable bravery to do something (in good way only)
love is when you encourage to write your entry in the blog or social network (me included.hehe)
kita tahu bila masa dan ketika bg kita mendahulukan akhirat dari dunia..walaupun terkadang kita lupa, but its normal because we are human.. insan tu sifatnya pelupa.jadi perlu sentiasa diingatkan agar terus bercinta dgn Sang Pencipta, Allah..

Labels: girlish, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 1assalamu'alaikum,
hadis ada mengatakan bahawa majlis ilmu itu adalah taman syurga di atas dunia ni. err sy tak ingat ayat tersebut. mianhae..
baru tadi sy terserempak dgn ayat ni, mari baca!

"berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah,
niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.... Dan Allah Maha Teliti
apa yang kamu kerjakan"
(Surah Al-Mujadalah ayat 11)

petang td terdetik di hati kecil utk skip taklim sebentar lagi. sy terniat utk ponteng taklim semata-mata sbb nak siapkan SOCA draft..maklumlah, exam pun semakin hampir.
huu bila baca terjemahan ayat yg sy tilawah td, tiba2 sy rasa malu dgn Allah..
memang akhir2 ni sy disibukkan dgn urusan dunia sampai terlupa misi utama; mencari keredhaan Allah..

ps: doakan sy ye! agar dikurniakan semangat yg tinggi utk belajar! dan juga dijauhkan dr hasutan syaitan..
ps2: bila makan walitgold, sy rasa tubuh sy jd hypermetabolism. betulkah?
ps3: dah tak rasa nak balik Malaysia tiba2. huu
ps4: sy sgt manusiawi, jd jgn lihat siapa sy tapi mari kita kongsikan kebaikan dlm Islam! :)
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
rolled on my old entries. all of sudden, i feel shame of that. huu sangatlah tak matang -_-"
tapi, macam tu la sejarah, kan? now, we have to fix all those ugly things and replace it with the better one.
while doing my English project, surfing about Child Abuse, i found this sentence;
"Let's not focus on what broke us; let's focus on the hope of healing"
we are broken everyday, by any mean. however we need to be healed, of course by ourself.. otherwise, we will suffer.
semoga kita lebih kuat utk hari2 yg mendatang! Ameen! :)
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
Jodoh itu - seperti kata orang, memang di tangan Tuhan.
Tapi, kata beliau, kalau tidak diambil-ambil, ya di tangan Tuhan terus!"
-Salim A Fillah-
*senyum tersungging di bibir*

Labels: rindu, tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
alhamdulillah 'ala kulli haal! :)
sy tak ingat bila kali terakhir sy menghapdate belog ni. huuu. but then, alhamdulillah for now..
actually, this February had been and going to be veryyy packed! grr. semuanya bertali arus dan ia membuatkan sy, seorang manusia yg sangat manusiawi berasa penat, letih, lenguh, lemah dan sebagainya. maaf ayat macam tak cukup nutrisi. grr kuasa dua.
okey, itu selingan.
Dr Leni, seorang pakar di bahagian Pathology Clinic berkata kpd kami dalam sebuah kuliah;
"Hemoglobin itu baik sekali. Dia membawa oksigen ke seluruh tisu dan sel setiap saat. Tetapi kemudian, dirinya tidak mendapat apa-apa. Jadi, bagaimana dengan kita? Adakah kita memberi manfaat kepada orang di sekitar kita?"
Dr Leni di hadapan tersenyum manis, sy di belakang tersipu pahit.
err.
di bawah ni ialah definisi hemoglobin;
Haemoglobin: the oxygen-carrying pigment of erythrocytes, formed by developing erythrocytes in the bone marrow. (Dorland's Medical Dictionary)
adakah anda tahu berapa ukuran sel darah merah? ia hanya lebih kurang 7.5 mikrometer. ye, mikro! daan, pigmen hemoglobin terselit dalam sel itu. jadi sudah tentulah ukurannya lebih kecik!
walaupun begitu, ia tetap memberi manfaat kepada makhluk lain. cuba bayangkan kalau tiba-tiba sang hemoglobin merajuk dan mogok. dia taknak bagi oksigen kpd sel dan tisu lain.
tahu tak apa jadi?
otak boleh ischaemic dan akhirnya matilah sebuah jasad.
jantung cuba utk compensate dan akhirnya terasa degupan yg luar biasa.
ibrahnya, Islam adalah agama yang penuh dgn kebaikan. setiap hari kita sepatutnya dipenuhi dgn kebaikan dan manfaat kepada makhluk di sekeliling kita.
cuba cakap depan cermin, "apa kebaikan yg kau buat hari ni?"
err. (err untuk ke sekian kalinya)
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
I was wondering this on my way back home.
"Mimi (bukan nama sebenar), ko sedih tak kalau duit simpanan ko ada sikit?"
"Mestilah sedih, stress kot..yela, duit kan penting.."
"Nini (bukan nama sebenar), ko? ape kau rase kalau duit ko tinggal sikit?"
"Mm, entahlah, aku tak tau nk cakap cmne..hehe"
"Haa, ni mesti sebab duit ko tak pernah sikit..kan? hehe"
"Lebih kurang laa, sebab kalau duit aku tinggal sikit, mesti ade orang tolong..so, aku just percaya je la yg nnt ade orang akan tolong kalau duit aku sikit.. haha eh, kenapa ko tanye soalan camni?"
basically, semuaa org perlukan duit utk hidup.. nak beli itu, beli ini.. tp, sy ade dgr, tak igt sapa yg cakap.. katanya, biarlah duit tu menjadi wasilah/medium utk kita taat kpd Allah..jangan kita jadi hamba kpd harta..
honestly, sy nak tahu sgt, ade tak org yg tak sedih kalau duit dia sikit?? anyone?
so, duit sama tak dgn bekal? bekal di akhirat nnt..

Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 01 thing
2 do
3 words
4 you
lets do an exchange of brain
Nadwa Aqeela
Izzatul Hidayah
Syahirah
Yumilianalisa
Dayang
Salma
Nuraqilah
Le Fleur Dior
Kak Aimi
Kak Farhana Yem
Kak Duha
Aishah Zamri
Ezzaty
Azimah
Hanis Harleeza
Nisa
Fadhilah
Ainin Sofiya
Alyaa Sakinah
Hakim
Kak Enoi
Liyana
Bella Mitchie
Shafiq Aziz
Najib
Kak Syafiqah
Sharina Farhana
Ainatul Asyila
Rahudha
Shakila Seha
Nur Atikah
Cikgu Abbas
Nadia Azraq
Whose Word is The Best?<41:33>
Travelog Lensa Daie
Raihana Nazri
Tepian Muara
Things We Forget
Bila Aishah Menulis
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
October 2013
November 2013
December 2013
January 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
November 2014
December 2014
October 2015
May 2017
xx xx