♥ i want to spread my wings
and fly

diyanna
21 jan 1991
i am running mylife with His bless, Alhamdulillah!
stalk me here ♥
Follow me?
i wish:
one portable, small sewing machine
two mp3
three pink, 3D wall-clock
and, those are HOPEs :)
"Dan milik Allah kerajaan langit dan bumi.
dan pada hari terjadinya kiamat, akan rugilah pada hari itu orang-orang yang mengerjakan kebatilan (dosa)."
Al-Jathiyah: 27
assalamu'alaikum,
Di manapun kaki terjejak
pepohon tetap begitu
tegak
merimbun..
Apatah lagi langitnya
sentiasa biru..
Walaupun kadangkala
gelap dikunjung mendung..
Hati terdetik
bagaimana dengan diri?
tetap samakah mereka?
aduhai hati?
aduhai iman?
aduhai akidah?
Jam berdetik
masa berlalu
tidak pernah menunggu..
Bibir bergerak perlahan
dan
mengukir segaris lekuk
yang penghujungnya terarah ke bumi..
Labels: puisi (?)
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,


^^
comment here ♥ 0
assalamu'alaikum,
"kak, haritu akak ade cakap psl nafsu kan? Yang kalau bulan puasa ni pun kita jahat, even syaitan dah diikat, maknanya nafsu kita la yg dah jd jahat, kan?"
senyum.
"haa tula, maksudnya, selama 11 bulan sebelum bulan puasa, mesti syaitan dah bentuk nafsu kita betul2. dia nak make sure yg masa sebulan dia diikat ni, dia still berkuasa. betul tak kak?'
hmm. critical thinking betul kanak2 ni.
"ee takutnya.."
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 1assalamu'alaikum,
I'm always fragile,
"once broken considered sold"
but then I realized, after pondering upon His love,
am I have the right to feel soooo sad?
to compared with the companions and their challenges.
I should be grateful of what I have right now.
eventhough the days wasn't cheered enough.
at least, I can cry.
and laugh.
there's... hmm I lost my word.
I would love to see the birds flying in the skies,
I can giggle when seeing the cats ran with their four-legs. (so funny seriously :D)
and the most I love, I can pray.
all those 'can' makes me rethink,
finally I remake me believe that, fragility doesn't always makes me weak.

Labels: tears
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,


Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 1assalamu'alaikum,
I promise, I'll be back.
insyaallah!
Labels: play
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
Kahwin. Sesuatu yang menyeronokkan. Apatah lagi bila kelihatan gambar-gambar perkahwinan yang indah, diri terasa seperti berada di awangan. terus memasang angan-angan, terus menetapkan cita-cita, mahukan yang sedemikian, moga menjadi realiti di alam kehidupan kita.
Dan kadangkala impian ini membuatkan ramai antara mereka tergesa-gesa. Ingin cepat berkahwin. Dan dalil-dalil nikah awal diangkat dengan penuh garang, bajet-bajet perkahwinan rendah dipromosikan bagai nak rak, dan ibu bapa menjadi mangsa serangan mereka. Menyatakan ibu bapa tidak memahami, mahu menghalang perkara yang baiuk, tidak mahu membantu, tidak sederhana dan sebagainya.
Itulah kebanyakannya, remaja nan bercinta.
Darah muda. Panas. Fikiran biasanya tidak panjang, walaupun terasa bahawa dirinya seakan matang.
Cinta dan Kehidupan
Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?
Itu persoalan saya dalam merungkai permasalahan remaja mahu bernikah terlalu awal. Dalam keadaan diri tidak punya kemampuan, saat kematangan sendiri belum tumbuh, sudah disibukkan diri hendak berkahwin. Alasannya, sudah terlalu lama bercinta. Dari tingkatan tiga contohnya. Maka mahu berkahwin kerana ingin mengelakkan penzinaan.
Alasan yang solid. Elak zina. Tetapi tidak menyedari bahawa di sebalik alasan itu, wujud ketempangannya. Maka saya suka mengemukakan satu soalan apabila berhadapan dengan manusia yang memberikan alasan sedemikian:
“Mengapa mudah sangat membiarkan ‘cinta’ menusuk ke dalam hati?”
Umur masih muda, sudah main suka-suka. Umur masih hijau, sudah sibuk bercinta asmara. Alasan mengelakkan zina itu, sepatutnya dibalas dengan satu soalan:
“Korang bercinta yang macam mana sampai ada rasa nak elak zina ni? Korang bercinta sampai rasa nak berzina ke?”
Ya. Peliknya remaja nan bercinta. Entah bagaimana caranya bercinta hingga terpacul alasan sedemikian rupa. Entah mengapa dibiarkan cinta menusuk kalbu saat usia masih terlalu muda dan diri belum punya apa-apa. Kemudian menjaja pernikahan awal dan bajet yang rendah sebagai kononnya hendak mengikuti sunnah. Maka apakah percintaan yang sedemikian rupa, tanpa persediaan diri, tanpa kematangan minda, tanpa disiplin hati, merupakan sunnah?
Kehidupan Dan Kita.
Kehidupan tidak akan berbelas kasihan dengan kita, waluapun mungkin kita menyantuni kehidupan. Kehidupan adalah makhluk kasar yang membesar. Saban hari semakin menekan manusia. Dari dahulu tidak perlu mengeluarkan apa-apa wang dan kos, sekadar bertgantung hidup kepada alam, kini duit adalah segala-gala. Beberapa manusia sering berkata: “Duit bukan segala-galanya”, namun silap meletakkan konteks ayat tersebut di dalam praktikal hidup.
Ya, majlis perkahwinan tidak perlu berlebih-lebihan. Tidak perlu menghabiskan puluhan ribu ringgit hanya untuk majlis yang sehari cuma. Begitulah caranya kita menyantuni kehidupan. Meletakkan yang syara’ di hadapan. Namun, kehidupan tidak akan menyantuni kita. Majlis yang murah dan sederhana itu, walaupun telah menyelamatkan wang kita, menjadikan para remaja yang tidak punya apa-apa mampu berkahwin, kehidupan tetap akan memerah wang dan keringat kita.
Bil elektrik, bil air, bil internet, minyak kereta, servis kereta, perabot rumah, wang dapur, tambang pengangkutan awam, dan bila ada anak segala perkakasan anak serta kelengkapannya. Cukai ini, cukai itu. Bayar ini, bayar itu. Harga pula saban waktu naik dan meningkat, menekan dan terus menekan. Itu belum dikira nanti bila masalah di dalam rumahtangga muncul, menambah tekanan.
Maka bagaimanakah kita menghadapi kehidupan?
Adakah cukup sekadar berkahwin dengan kos murah, dan kemudian merasa aman?
Kehidupan yang sedemikian bukan boleh dilalui oleh mereka yang tidak punya persediaan, yang tidak punya disiplin, dan yang tidak punya kematangan.
Maka mengapa membiarkan cinta masuk, kala diri masih belum bersedia mengharunginya?
Memang Takkan Mampu Sempurna Bersedia, Tetapi Kita Mampu Berusaha Untuk Bersedia.
Memang. Memang sempurna tidak akan hadir. Tiada siapa boleh berani berkata: “Ya, aku memang confirm aku sudah bersedia.” Sesiapa yang berbicara demikian, sesungguhnya dia telah berbohong kepada dirinya. Semua hanya mampu berkata: “InsyaAllah, aku dah usaha untuk bersedia, jadi aku akan menghadapinya.”
Maka cinta dengan kehidupan itu jangan dipisahkan. Kehidupan dan kita jangan dijauhkan. Realiti kehidupan jangan dipadamkan di dalam kemabukan bercinta. Sesungguhnya kemanisan dalam perkahwinan itu, datang dengan persediaan yang rapi. Kita bukan mahu berkahwin sehari dua. Kita bukan mahu berumahtangga sebulan sahaja. Tetapi kita mahu sehingga ke syurga sana.
Kita mahu rumahtangga kita melahirka para mujahid, memberikan manfaat buat Islam. Bukan rumahtangga yang sia-sia, yang menghasilkan penghabis oksigen semata-mata.
Maka remaja nan bercinta perlu sedar.
Bersedia. Kerahlah diri untuk bersedia. Mengapa perlu mendahulukan cinta sebelum persediaan?
Sibukkan diri dengan persediaan.
Ilmu usaha bagi mantap. Pengalaman usaha bagi banyak. Pandangan usaha bagi luas. Wang usaha bagi ada sumber yang tetap dan konsisten. Peribadi usaha bagi mantap. Akal usaha bagi matang. Akhlak usaha bagi bersih. Maksiat usaha bagi padam. Kebaikan usaha bagi tambah dan istiqomah. Hubungan dengan Allah usaha bagi rapat.
Kita bukan main masak-masak!
Penutup: Remaja Nan Bercinta, Jangan Sibuk Bermanis-manisan.
Saya telah bernikah. Saya rasa berpuas hati dengan segala kesusahan dan kepayahan yang saya lalui kala saya berusaha untuk bernikah.
Pergi menuntut pengalaman dengan pelajar-pelajar PhD, bertemu dengan rakan-rakan yang telah bernikah untuk menimba ilmu, membaca buku, mengumpulkan kekuatan wang, membersihkan peribadi, mengoreksi diri agar lebih rapat kepada Ilahi, membuang saki-baki jahiliyyah di dalam diri dan sebagainya.
Panjang perjalanan saya. Semenjak tingkatan 4 lagi. Bukan bermula dengan “Oh, dia itu saya cinta.” Bukan. Tetapi bermula dengan “Aku ingin bernikah dengan pernikahan yang terbaik, membina rumahtangga yang terbaik, agar ini semua menjadi saham di akhirat sana.” Di situ saya mula berusaha untuk bersedia. Memang kadangkala diri ini masuk mode jiwang, namun usaha tidak pernah diabaikan.
Selepas punya kemampuan yang saya kira sesuai untuk meneruskan hidup, barulah menyebutkan hajat ingin bernikah, memperkenalkan siapa yang bertakhta di dalam hati, kepada Abah dan Ummi. Ya, itulah saya. Itupun masih punya pelbagai cabaran dan dugaan saat merentasi alam percintaan ini. Namun kini alhamdulillah, Allah kurniakan saya pernikahan yang baik, isteri yang manis, dan kini barulah saya benar-benar mengecapi apa itu yang dinamakan bahagia. Rasa berbayar sungguh segala kesusahan selama ini, dan rasa diri ini sedang dipersiapkan untuk kesukaran masa hadapan nanti. Begitulah perasaan saya.
Maka Remaja Nan Bercinta, jangan sibuk bermanis-manisan sahaja.
Kerahlah keringatmu, perahlah kekuatanmu, gunakanlah masamu. Mantapkan diri, luaskan pengalaman, binalah kekuatan, agar bahagiamu nanti selepas berumahtangga kan berpanjangan.
ketika anda memutuskan utk bernikah, sudah cukup matangkah?
Labels: tarbiyyatul qalbi
comment here ♥ 0assalamu'alaikum,
...write new entry.
updating what I felt yesterday.
without knowing who might read.
but the fingers got frozen.
same as the minds.
numb.
*I think I need brainstorming*
Labels: play
comment here ♥ 01 thing
2 do
3 words
4 you
lets do an exchange of brain
Nadwa Aqeela
Izzatul Hidayah
Syahirah
Yumilianalisa
Dayang
Salma
Nuraqilah
Kak As
Kak Farhana
Le Fleur Dior
Kak Aimi
Kak Farhana Yem
Kak Duha
Kak Mell
Aishah Zamri
Ezzaty
Hanna
Azimah
Hanis Harleeza
Nisa
Fadhilah
Ainin Sofiya
Alyaa Sakinah
Hakim
Kak Enoi
Liyana
Bella Mitchie
Shafiq Aziz
Najib
Kak Syafiqah
Sharina Farhana
Ainatul Asyila
Rahudha
Rossarina
Shakila Seha
Nur Atikah
Cikgu Abbas
Nadia Azraq
Whose Word is The Best?<41:33>
Travelog Lensa Daie
Raihana Nazri
Tepian Muara
~ Life Storyteller : Motivational and Inspirational Stories for You and Me ~
Things We Forget
Bila Aishah Menulis
Angah
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
October 2013
November 2013
December 2013
January 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
November 2014
December 2014
October 2015
May 2017
xx xx